TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI SPP

Dr Zulkurnain dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


2010/10/07
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selama tiga tahun, menggantikan Datuk Kusaini Hasbullah yang akan tamat perkhidmatan pada 28 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pelantikan Zulkurnain sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan mengikut Fasal 2 Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan. Sidek dalam kenyataannya berkata, kontrak perkhidmatan Zulkurnain sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang sepatutnya tamat pada 28 Disember depan sudah dipendekkan kepada 28 Oktober ini bagi membolehkannya memegang jawatan Pengerusi SPP mulai 29 Oktober. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan