MAKLUMBALAS KEPADA PT N17

Maklum Balas: “Staf Sokongan Gred N17 Rayu Pembelaan”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat bertajuk “Staf Sokongan Gred N17 Rayu Pembelaan” oleh N17 KECEWA, Pulau Pinang yang disiarkan dalam akbar Utusan Malaysia pada 16 Julai 2009.
Jurang perbezaan gaji Gred N11 dan N17 seperti mana yang dibangkitkan oleh penulis adalah berdasarkan perbezaan jumlah Kenaikan Gaji Tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007. Perbezaan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan di antara Kumpulan Perkhidmatan. Penjumudan skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Rendah (N11, N14) dan Operator Mesin Prosesan Data yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan lain yang lebih tinggi dengan menjalankan skop fungsi tugas Gred N17, adalah merupakan usaha Kerajaan untuk menambahbaik kerjaya pegawai terlibat.
Berhubung dengan Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) yang dibangkitkan penulis, dasar Kerajaan adalah menetapkan 50 peratus guru di sekolah rendah adalah dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswarah (PPPS) menjelang tahun 2010. Bagi mencapai sasaran tersebut kerajaan memutuskan memberi pemberian HKG sebagai galakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama. Oleh itu, permohonan penulis untuk mendapatkan satu pergerakan gaji seperti mana guru PPPS adalah tidak berbangkit.
Adalah dijelaskan bahawa Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pegawai perkhidmatan awam yang mana pelbagai usaha penambahbaikan telah dilaksanakan secara berterusan dari segi gaji, elaun, kemudahan, skim perkhidmatan dan kemajuan kerjaya.
Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia23 Julai 2009