BAJET 2011

Salam 1 Malaysia..Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Saya pasti semua kakitangan kerajaan berasa hampa kerana hanya dapat menikmati Bantuan Khas persekolahan sebanyak RM 500.00 selepas bantuan Khas Hari Raya sebanyak
RM 500.00 jadi jumlahnya sebanyak seribu atau Satu bulan Gaji bagi Kakitangan Sokongan lantikan di bawah 5 tahun...
Dalam pada itu kakitangan awam boleh merasa lega dengan pemansuhan PTK mulai Jun 2011
dan Cuti Bersalin sehingga 90 hari secara Fleksibel..dengan jumlah keseluruhan 300 hari sepanjang Perkhidmatan...So yang mana kakitangan kerajaan yang dah bersalin anak keempat untuk anak ke5 tetap 60 hari..jangan keliru ok..
Alhamdulillah...bayaran Pengurusan Jenazah dinaikan kepada RM 3k...
Esok (selasa 19/10/2010) cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan tiada pemberian bonus dan menerima maklumbalas dari ahli gabungan...

Pendapat saya dalam isu bonus..adalah baik kiranya pihak kerajaan memberi bonus kepada kakitangan Gred 41 kebawah kerana Gred 48dan ke atas telah dapat Elaun keraian dan elaun itu mampu untuk menampung perbelanjaan mereka
bagi kakitangan 41 kebawah mereka hanya berharap kepada gaji semata2..bayangkanlah hampir 80% kakitangan mengharapkan bonus untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan

dari segi ekonomi..pemberian bonus ini dapat menggalakan kegiatan ekonomi kerana pemberian bonus kakitangan awam akan berbelanja.so dengan tiada pemberian bonus ini kegiatan ekonomi atau perniagaan akan terjejas..so peniaga2 kecil2 lan akan terasa akan kelembapan ini kerana tiada pembeli..berbandingan dengan usahawan besar2an dengan insentif cukai yang menarik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan