KADAR ITKA GRED N26

KADAR BARU IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM
Kadar baru ITKA bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan adalah ditetapkan seperti berikut:

GRED KADAR SEBULAN(RM)

35 - 40 RM 220.00

27 - 34 RM 160.00

25 - 26 RM 140.00

17 - 24 RM 115.00

1 - 16 RM 95.00

UNTUK RUJUKAN SEMASA MENYEDIAKAN KEW8 KENAIKAN PANGKAT PT (P/O) N26

BAJET 2011

Salam 1 Malaysia..Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Saya pasti semua kakitangan kerajaan berasa hampa kerana hanya dapat menikmati Bantuan Khas persekolahan sebanyak RM 500.00 selepas bantuan Khas Hari Raya sebanyak
RM 500.00 jadi jumlahnya sebanyak seribu atau Satu bulan Gaji bagi Kakitangan Sokongan lantikan di bawah 5 tahun...
Dalam pada itu kakitangan awam boleh merasa lega dengan pemansuhan PTK mulai Jun 2011
dan Cuti Bersalin sehingga 90 hari secara Fleksibel..dengan jumlah keseluruhan 300 hari sepanjang Perkhidmatan...So yang mana kakitangan kerajaan yang dah bersalin anak keempat untuk anak ke5 tetap 60 hari..jangan keliru ok..
Alhamdulillah...bayaran Pengurusan Jenazah dinaikan kepada RM 3k...
Esok (selasa 19/10/2010) cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan tiada pemberian bonus dan menerima maklumbalas dari ahli gabungan...

Pendapat saya dalam isu bonus..adalah baik kiranya pihak kerajaan memberi bonus kepada kakitangan Gred 41 kebawah kerana Gred 48dan ke atas telah dapat Elaun keraian dan elaun itu mampu untuk menampung perbelanjaan mereka
bagi kakitangan 41 kebawah mereka hanya berharap kepada gaji semata2..bayangkanlah hampir 80% kakitangan mengharapkan bonus untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan

dari segi ekonomi..pemberian bonus ini dapat menggalakan kegiatan ekonomi kerana pemberian bonus kakitangan awam akan berbelanja.so dengan tiada pemberian bonus ini kegiatan ekonomi atau perniagaan akan terjejas..so peniaga2 kecil2 lan akan terasa akan kelembapan ini kerana tiada pembeli..berbandingan dengan usahawan besar2an dengan insentif cukai yang menarik...

TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI SPP

Dr Zulkurnain dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


2010/10/07
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selama tiga tahun, menggantikan Datuk Kusaini Hasbullah yang akan tamat perkhidmatan pada 28 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pelantikan Zulkurnain sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan mengikut Fasal 2 Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan. Sidek dalam kenyataannya berkata, kontrak perkhidmatan Zulkurnain sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran yang sepatutnya tamat pada 28 Disember depan sudah dipendekkan kepada 28 Oktober ini bagi membolehkannya memegang jawatan Pengerusi SPP mulai 29 Oktober. - BERNAMA

PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G - MEMATUHI WAKTU BEKERJA












Asslamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia...

Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah AM 5 BAB G - MEMATUHI WAKTU BEKERJA ini sebagai rujukan dan panduan kepada rakan-rakan untuk kebaikan kita bersama.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Disediakan oleh : En. Ab. Ghani bin Abd. Aziz

PERATURAN MENGENAI KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT BAYARAN SAGUHATI KEPADA PENSYARAH/PENCERAMAH DAN FASILITATOR SAMBILAN



Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia...
Peraturan Mengenai Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Bayaran Saguhati Kepada PENSYARAH/PENCERAMAH DAN FASILITATOR SAMBILAN ini sebagai rujukan dan panduan kepada rakan-rakan untuk kebaikan kita bersama.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Disediakan oleh : En. Ab. Ghani bin Abd. Aziz

PENJELASAN KEPADA SURAT AKU JANJI







Penjelasan kepada Surat Aku Janji ini sebagai rujukan dan panduan kepada rakan-rakan untuk kebaikan kita bersama.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Disediakan oleh : En. Ab. Ghani bin Abd. Aziz

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009



Pihak admin serta seluruh warga KEPTAN Cawangan Petaling mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli KEPTAN yang menerima APC 2009 dengan harapan semoga dapat meneruskan kecemerlangan dalam tugasan di masa-masa akan datang. Kepada yang belum menerima harap dapat jadikan mereka sebagai contoh terbaik untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri.

Majlis penganugerahan ini telah diadakan pada 9 Ogos 2010 bertempat di Koleg SEGI Kota Damansara. Majlis disempurnakan oleh YBhg En. Sulaiman bin Wak, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Peperiksaan UPSR 2010



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….Salam 1 Malaysia,

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi Tahun 2010 telah ditetapkan pada 21hb. September hingga 23hb. September 2010 iaitu bermula pada hari Selasa dan berakhir pada hari Khamis.

Memandangkan peperiksaan UPSR pada tahun bermula selepas hari raya Aidilfitri maka pihak admin ingin menasihatkan kepada ahli KEPTAN yang mempunyai anak Thn. 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka sentiasa terjaga…dan seterusnya dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan yang selesa dan selamat..

Dan kepada calon-calon peperiksaan UPSR pula,pihak admin dan seluruh Warga KEPTAN Cawangan Petaling menasihatkan agar jangan abaikan pelajaran,ponteng sekolah di saat-saat akhir menjelangnya peperiksaan serta sentiasa menanam tekad dan azam untuk terus berusaha sehingga berjaya dengan cemerlang….


TAHNIAH DAN SYABAS


TAHNIAH diucapkan kepada yang baru dilantik N17, N22 & N26. Teruskan kerjaya anda dengan cemerlang dalam kesyukuran kepada Ilahi. Teruskan bakti dalam KEPTAN walau apa pangkat anda dan di mana jua anda ditugaskan kerana perjuangan kita untuk semua Pembantu Tadbir/Pembantu Tadbir Rendah. Teruskan sokongan kepada kepimpinan KEPTAN untuk memperjuangan nasib Pembantu Tadbir/Pembantu Tadbir Rendah berikan pandangan yang jitu dan padu untuk diketengahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terima kasih kepada kepimpinan.

CUEPACS YAKIN KERAJAAN BERI BONUS

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat untuk mendapatkan bonus pada input belanjawan 2011 nanti.
Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan akan terus membantu dan mempertimbangkan permintaan tersebut untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu memohon bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun ini.

"Dengan keadaan ekonomi yang menunjukkan peningkatan sekarang ini, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan tersebut dan jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.

"Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikaikan dan menafikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini semalami.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keyakinan CUEPACS mengenai saranan pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang meminta bonus kepada kakitangan kerajaan, pengurangan faedah kad kredit dan pinjaman perumahan kerajaan serta pelepasan cukai.

Menurut Omar, permintaan tersebut mampu menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan bermutu selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam.

Selain itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam kerana sudah dua tahun mereka tidak menerima bonus kecuali pemberian saguhati.

"Pemberian saguhati sebelum hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan.

"CUEPACS yakin kerajaan tidak akan membiarkan kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah berasa terbeban pada tahun ini," katanya.
Sumber :-
Utusan Malaysia 25/9/2010

KESIHATAN, PRESTASI JADI UKURAN LANJUT USIA PERSARAAN 60 TAHUN

Generasi muda bermotivasi patut diberi peluang masuki pasaran kerja

KEBELAKANGAN ini beberapa media arus perdana menyiarkan isu umur persaraan pekerja dengan memuatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pemimpin kesatuan sekerja, ahli akademik dan orang awam. Dengan pelbagai alasan, ramai yang tidak setuju umur persaraan dinaikkan, sebaliknya Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman, konsisten mempertahankan cadangan mereka. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, dalam reaksinya kepada media berkata, kerajaan belum membuat keputusan mengenainya. Pasti isu itu menarik untuk diikuti sama ada oleh penjawat awam mahupun swasta kerana mereka terbabit secara langsung dengannya. Bakal pekerja turut memberi perhatian kerana jika berlaku perubahan kepada umur persaraan, ini memberi kesan kepada mereka yang terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk memasuki pasaran kerja.

Usia persaraan kakitangan kerajaan mengalami perubahan dua kali setakat ini. Pertama, pada 2001 apabila usia persaraan kakitangan sektor awam itu dinaikkan kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada 2008. Namun, ada kakitangan memilih bersara pada usia 55 atau 56 tahun atas alasan tersendiri.

Walaupun usia persaraan kakitangan awam meningkat namun, sebahagian besar pekerja sektor swasta kekal bersara wajib pada 55 tahun walaupun ada hingga 60 tahun. Kini, terdengar kembali ura-ura kerajaan akan menaikkan usia persaraan 1.2 juta kakitangan awam kepada 60 tahun.

Omar seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini meminta kerajaan meningkatkan umur persaraan kakitangan awam kepada 60 tahun berbanding 58 pada masa ini. Perubahan itu perlu dilakukan kerana banyak negara termasuk negara maju dan negara jiran berbuat demikian.
Maklumat Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan kini umur persaraan di kebanyakan negara Asia Pasifik melebihi 60 tahun. Contohnya, usia persaraan 60 tahun dilaksanakan di Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan India. Di Singapura antara 61 hingga 64 tahun, manakala pekerja di Hong Kong, Jepun, Australia dan New Zealand bekerja hingga 65 tahun.

Menurut Omar, pada 2006 cadangan asal CUEPACS adalah supaya kerajaan meningkatkan usia persaraan kakitangan awam kepada usia 60 tahun. Beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula cadangan itu demi kebaikan kakitangan awam dan kepentingan negara.

Langkah itu bakal melegakan kakitangan awam untuk memberi khidmat kepada masyarakat dua tahun lagi jika dipersetujui kerajaan. Persoalannya wajarkah semua kakitangan diberi opsyen itu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam?

Kemungkinan besar ramai yang memilih untuk bersara pada usia 60 tahun dan tidak kurang juga kekal pada usia 58 tahun.

Hakikatnya, bukan semua kategori kakitangan sesuai atau mampu memberi perkhidmatan dengan baik sehingga usia 60 tahun atas pelbagai kekangan.

Apakah tahap kesihatan penjawat awam pada usia itu masih baik? Mungkin ada yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran atau lemah anggota badan. Namun, ada kakitangan dalam profesion seperti pensyarah yang masih mampu berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

Ramai ahli akademik di universiti masih menyampaikan kuliah, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan akademik walaupun melewati 60 tahun.

Sebagai contoh, bekas mentor saya, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid, walaupun melewati usia 60 tahun masih aktif menerajui universiti, melakukan penyelidikan serta menyelia pelajar pascasiswazah.

Di Universiti Malaya dan universiti awam lain, ramai rakan akademik yang walaupun dalam usia bersara dilantik secara kontrak masih mampu melakukan tugas hakiki sebagai pensyarah.

Begitu juga dalam profesion perundangan, ramai hakim melewati usia 60 tahun tetapi masih mampu melaksanakan tugas penghakiman secara profesional. Golongan profesional lain termasuk pakar perubatan, pergigian, pentadbiran, ekonomi dan kewangan serta guru masih mampu memberi sumbangan.

Persoalannya, wajarkah kakitangan yang bermasalah kesihatan dengan laporan perubatan atau masalah disiplin diberi peluang terus berkhidmat dalam perkhidmatan awam? Apakah kehadiran mereka mampu meningkatkan produktiviti dan menaikkan imej organisasi?

Oleh kerana ia adalah opsyen apakah mungkin sebelum menawarkannya ketua jabatan perlu pastikan anggota di jabatan masing-masing tiada masalah kesihatan kritikal atau masalah disiplin atau prestasi kerja yang rendah? Ketua jabatan harus menyemak laporan prestasi kakitangan beberapa tahun sebelum, misalnya ketika mereka berusia 55 hingga 58 tahun sebelum diberi perlanjutan ke-60 tahun.

Apa guna dilanjutkan perkhidmatan mereka jika sering berulang-alik ke hospital atau klinik akibat gangguan kesihatan. Bukankah itu menjejaskan perkhidmatan organisasi kerana kakitangan sering cuti sakit atau terlantar di hospital, malah membebankan rakan setugas kerana harus menyelesaikan kerja mereka.
Begitu juga mereka yang mempunyai masalah disiplin atau memberi masalah di tempat kerja seperti curi tulang, hilang minat bekerja, suka menghilangkan diri pada waktu kerja atau terbabit rasuah.

Mungkin lebih baik kerajaan memberi peluang kepada generasi muda termasuk graduan yang mempunyai kesihatan yang baik lagi bertenaga serta motivasi tinggi untuk bekerja bagi mengambil alih tanggungjawab itu. Pelantikan tenaga baru juga mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Bagi sektor swasta, wajar menaikkan usia persaraan daripada tahap sedia ada. Mungkin mereka boleh mengikut langkah kerajaan menaikkan usia persaraan dari semasa ke semasa.

Usia 55 mungkin dianggap masih bertenaga dan produktif bagi kebanyakan pekerja memandangkan jangka hayat penduduk negara ini semakin meningkat kerana tahap kesihatan dan kehidupan semakin berkualiti dan sejahtera berbanding puluhan tahun lalu.

Sebagai perbandingan, ramai ahli politik dan ahli perniagaan masih aktif walaupun mereka melewati 55 tahun. Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 1970, peratus penduduk berusia lebih 65 tahun adalah 3.3 peratus meningkat kepada 3.6 peratus pada 1990 dan 4.5 peratus pada 2008.

Ini bermakna mereka yang bersara pada usia 55 tahun terus menikmati kehidupan lebih lama melebihi 10 tahun dan kemungkinan bosan akibat tiada kerja rutin seperti mereka lakukan ketika dalam perkhidmatan. Oleh itu, wajar usia persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sama ada oleh sektor awam mahupun sektor swasta bagi memenuhi keperluan semasa.

Namun, opsyen kenaikan usia persaraan jika ditawarkan mungkin bersandarkan status kakitangan yang mengalami gangguan kesihatan, ada masalah disiplin atau prestasi kerja yang semakin merosot.

sumber:
Penulis ialah Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Pengajian Media,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya

SEMOGA CEPAT SIHAT


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Dalam kita gembira meraikan Aidilfitri yang lalu,khabarnya Pengerusi Keptan Petaling,Encik Azmi telah dimasukkan ke Wad Di Hospital TAR Klang akibat serangan jantung seminggu sebelum Hari Raya.Berita ini saya perolehi dari kawan saya ketika bermain badminton jumaat lepas.Hari ini saya dimaklumkan oleh Encik Ghani bahawa Encik Azmi telah dibenarkan keluar semalam.,tetapi tidak pasti sama ada terus atau sementara sahaja.
Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan Pengerusi kita supaya beliau dapat terus menjalankan tugas.amin...
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah maklumkan kepada Encik Ghani untuk melancarkan tabung derma untuk Encik Azmi,dan sekarang saya menunggu maklum balas dari beliau.

Sekian terima kasih


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA RAKAN2 SAMBUTLAH LEBARAN INI SECARA

BERSEDERHANA JANGAN KITA LUPA KEPADA

INSAN YANG TELAH TIADA,

INGATAN TULUS IKHLAS DARI BLOGERS

SALAM RAMADHAN

AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN

ALHAMDULILLAH,SYUKUR KITA KERANA MASIH DIBERI PELUANG OLEH ALLAH SWT
MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAKH( YANG PENUH KEBERKATAN),MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU KEINSAFAN MOGA KITA DAPAT MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN SEPANJANG 11 BULAN YANG BERLALU.HARAPAN AGAR RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA AGAR DAPAT KITA SAMA2 TEMPUHI DENGAN SEMPURNA.

KEPADA RAKAN2 SEPERJUANGAN YANG MENJALANI IBADAH PUASA TANPA INSAN TERISTIMEWA MUNGKIN AKAN TERASA AKAN KESUNYIAN SAAT BERBUKA PUASA DAN SAHUR ,SEMATKANLAH KENAGAN INDAH ITU DI SANUBARI AGAR IA MENJADI KENANGAN TERINDAH.TAPI ITULAH LUMRAH TIAP YANG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MENEMUI AJAL..KITA BERDOA AGAR DICUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA...

MUNGKIN SAYA AGAK TERLEWAT MENUKIL DI BLOG INI KERANA KEKANGAN MASA DAN SAYA KURANG SIHAT DI AWAL2 RAMADHAN INI MUNGKIN DISEBABKAN PERUBAHAN CUACA...

DIKESEMPATAN INI SEKIRANYA ADA DIANTARA JAWATANKUASA YANG MEMBACA TULISAN INI,SAYA INGIN MENCADANGKAN AGAR KITA MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA,SOLAT TARAWIKH DAN TAHLIL ARWAH MUNGKIN JUGA BOLEH DISELITKAN SESI TAZKIRAH...SEKIRANYA TIDAK DAPAT TAHUN INI MUNGKIN DI TAHUN HADAPAN...KERANA DENGAN ADANYA AKTIVITI SEBEGINI KITA DAPAT SELALU BERJUMPA DIKALANGAN AHLI TIDAK HANYA BERJUMPA SETAHUN SEKALI KETIKA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

CADANGAN SAYA YANG KEDUA
SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI KITA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN
SAYA INGIN MENYUARAKAN PENDAPAT AGAR KITA DAPAT MENJALANKAN AKTIVITI IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DIKALANGAN AHLI...MUNGKIN KITA BOLEH JADIKAN INI SALAH SATU AKTIVITI TAHUNAN KEPTAN PETALING...SEBAB SAYA MELIHAT AKTIVITI BEGINI LEBIH MENAMPAKAN KEGIATAN KESATUAN KITA YANG AKTIF..
KEBANYAKAN AHLI ATAU YG BELUM MENJADI AHLI TIDAK INGIN TAHU APA YANG KEPTAN PERJUANGKAN TAPI APA AKTIVITI YANG ADA DI DALAM KEPTAN ITU SENDIRI,APAGUNA AJK YANG RAMAI SEKIRANYA HANYA PERGI MESYURAT PERINGKAT PUSAT DAN KESATUAN KITA HANYA BERGERAK SETAHUN SEKALI..

MUNGKIN KITA BOLEH MENGERAKAN BIRO-BIRO DI DALAM KESATUAN KITA..

SEKIAN....
MAAF DIPINTA HULURKAN TANGAN
SEKIRANYA TERKASAR HARAP DIMAAFKAN