SEMOGA CEPAT SIHAT


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Dalam kita gembira meraikan Aidilfitri yang lalu,khabarnya Pengerusi Keptan Petaling,Encik Azmi telah dimasukkan ke Wad Di Hospital TAR Klang akibat serangan jantung seminggu sebelum Hari Raya.Berita ini saya perolehi dari kawan saya ketika bermain badminton jumaat lepas.Hari ini saya dimaklumkan oleh Encik Ghani bahawa Encik Azmi telah dibenarkan keluar semalam.,tetapi tidak pasti sama ada terus atau sementara sahaja.
Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan Pengerusi kita supaya beliau dapat terus menjalankan tugas.amin...
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah maklumkan kepada Encik Ghani untuk melancarkan tabung derma untuk Encik Azmi,dan sekarang saya menunggu maklum balas dari beliau.

Sekian terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan