Peperiksaan UPSR 2010



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….Salam 1 Malaysia,

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi Tahun 2010 telah ditetapkan pada 21hb. September hingga 23hb. September 2010 iaitu bermula pada hari Selasa dan berakhir pada hari Khamis.

Memandangkan peperiksaan UPSR pada tahun bermula selepas hari raya Aidilfitri maka pihak admin ingin menasihatkan kepada ahli KEPTAN yang mempunyai anak Thn. 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka sentiasa terjaga…dan seterusnya dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan yang selesa dan selamat..

Dan kepada calon-calon peperiksaan UPSR pula,pihak admin dan seluruh Warga KEPTAN Cawangan Petaling menasihatkan agar jangan abaikan pelajaran,ponteng sekolah di saat-saat akhir menjelangnya peperiksaan serta sentiasa menanam tekad dan azam untuk terus berusaha sehingga berjaya dengan cemerlang….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan