FAEDAH GANTIAN CUTI REHAT

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan mengenai Award Gantian Cuti Rehat kepada Anggota Perkhidmatan Awam.

APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang dioberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatana

BILA BERKUATKUASA?
Award gantian Cuti rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Jan 1974 melalui P.P.Bil. 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Jan 1974.

SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan perintah Am Bab C yang ditetapkan seperti berikut :

FORMULA PENGIRAAN
Permberian award wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 120 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan dan gred gaji hakiki pegawai berkenaan.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'award' Gantian Cuti Rehat ini.
Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, didalam kenyataan cuti rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
Jika gajinya tidak dibayar dan Kumpulan Wang disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
bagi pegawai yang bersara pada hari penghabisan ia bekerja, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat sekadar segera sebaik sahaja notis kematian diterima.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Dokumen berikut hendaklah dikemukan ke JPA 4 bulan sebelum bersara :
1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
1 salinan kenyataan cuti
2 salinan penyata kiraan cuti
1 salinan kad pengenalan
1 salinan surat permohonan pesara/waris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan