Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah dengan ini berakhirnya tugas saya sebagai Penjawat Awam mulai 02 Disember 1991 sehingga 25 Jun 2024 dan berakhirnya juga peranan saya sebagai Pengerusi KEPTAN Petaling dan Pengerusi KEPTAN Selangor jadikanlah Selangor ini yg terhebat dibawah Pengerusi yang diamanahkan berikan kerjasama yg baik sesungguhnya saya banyak belajar daripada anda semua. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sepanjang saya bersama dengan anda semua..halalkan makan minum saya dan juga ilmu yang anda berikan kpd sy..sesungguhnya sy juga halalkan segalanya.
 
Mengait Rambutan Menggunakan Galah
Disimpan Bersama Buah Berangan
Walau Sezarah silap dan salah
Harap dimaafkan disimpan jangan