info terkini dari web keptan pusat

TAJUK :PENGABUNGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH (PTR) KE PEMBANTU TADBIR N17
KANDUNGAN :PERHATIAN KHUSUS UNTUK PEMBANTU TADBIR N11. Berita baik dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menyatakan bahawa jawatan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) N11 akan di satukan dengan jawatan Pembantu Tadbir N17 pada bulan Julai 2009, Diharap Pembantu Tadbir Rendah bersabar dengan keputusan tersebut dan kita tunggu surat pekeliling mengenai pengabungan tersebut. Kita berharap ianya akan dipercepatan oleh pihak BSM.

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Ikrar Perkhidmatan Awam


Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
-Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
-Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
-Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
-Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
-Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
-Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
-Berpegang teguh kepada ajaran agama

BORANG SARA UBAT JPA(AM) DAN SARA UBAT JPA(PPK)

http://www.jpa.gov.my/docs/bperubatan/SARAUBAT%20JPA%20%28PPK%29.pdf
http://www.jpa.gov.my/docs/bperubatan/SARAUBAT%20JPA%20%28PPK%29.pdf
Oleh Dr Mohd Izham Mohd Ibrahim - Pusat Racun Negara,USM

Selain daripada kebaikan, ubat-ubat yang dihasilkan di kilang-kilang farmaseutikal juga boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Walaupun para saintis telah cuba memaksimakan kesan baik dan meminimakan kesan buruk ubat dengan mengubah struktur kimia ubat, namun mereka masih belum berjaya menghasilkan suatu ubat yang benar-benar bebas dari kesan sampingan. Adalah dianggarkan bahawa sebanyak 10% insiden kesan sampingan ubat akan berlaku daripada pengambilan sesuatu ubat. Oleh itu peraturan seperti "Ubat yang betul untuk pesakit yang betul dalam dos yang betul melalui saluran yang betul pada masa yang betul" telah diambilkira oleh doktor semasa membuat keputusan untuk mempreskripsikan ubat kepada seseorang pesakit.
Garispanduan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan
Garispanduan ini menerangkan perkara-perkara yang harus dititikberatkan semasa mengambil ubat, samada ubat-ubat preskripsi ataupun tanpa preskripsi. Apabila mengambil ubat, pengamal-pengamal perubatan bersetuju bahawa adalah penting untuk memberi perhati an kepada keperluan kesihatan seseorang pesakit. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan ubat-ubatan boleh didapati daripada doktor, ahli farmasi atau pada label ubat. Di bawah ini adalah perkara-perkara yang harus dilakukan semasa mengambil ubat.
Anda Harus:
Tahu nama ubat (jenama dan generik) yang sedang diambil.
Membaca label botol atau sampul ubat sebelum memakan sesuatu ubat.
Mematuhi arahan doktor atau ahli farmasi mengenai jumlah ubat yang harus dimakan, waktu makan ubat dan tempoh untuk menghabiskan ubat tersebut. Sebarang perubahan haruslah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.
Goncang ubat-ubat dalam bentuk larutan (suspensi) untuk memastikan bahan-bahan dalam ubat tersebut dapat diseratakan.
Menggunakan alat sukatan yang tepat dan standard semasa menyukat ubat cecair. "Sudu teh" yang terdapat di rumah mempunyai saiz yang berbeza-beza.
Ikut arahan doktor dari segi pemakanan harian semasa memakan ubat kerana terdapat interaksi di antara sesetengah ubat dengan makanan. Interaksi ini boleh menjejaskan keberkesanan ubat.
Memberitahu doktor anda tentang ubat yang telah dipreskripsikan oleh doktor lain dan ubat yang dibeli di kedai farmasi.
Memberitahu doktor atau ahli farmasi bahawa anda sedang hamil supaya mereka boleh menyarankan ubat yang selamat untuk anda dan bayi anda.
Catitkan nama semua ubat-ubat yang diambil (termasuk vaksin) semasa hamil serta tarikh pengambilan dan tujuannya.
Catitkan nama semua ubat-ubat yang memberi kesan sampingan dan alahan (alergik) kepada anda atau ahli keluarga anda, terutama wargatua dan kanak-kanak.
Memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai nama ubat-ubat yang memberi kesan sampingan dan alahan (alergik) kepada anda dan ahli keluarga anda.
Memberitahu doktor anda atau ahli farmasi bahawa anda sedang mengalami kesan sampingan ubat yang sedang diambil.
Pastikan samada ubat yang sedang diambil selamat untuk memandu kenderaan atau menggunakan peralatan berjentera.
Pastikan samada makanan atau ubat tertentu harus dielakkan semasa mengambil ubat yang dipreskripsikan oleh doktor.
Menepati temujanji dengan doktor supaya keberkesanan ubat yang anda ambil dapat dilihat.
Mendapatkan maklumat dan penjelasan dari doktor dan ahli farmasi mengenai sebarang masalah dan kemusykilan tentang ubat tersebut. Minta maklumat bertulis jika ini dirasakan berguna kelak.
Buang semua ubat preskripsi selepas tarikh luput. Ini akan menghindarkan penggunaan ubat yang mudah rosak selepas tarikh luputnya.
Simpan ubat-ubat pada tempat yang sepatutnya atau dalam bekas yang sesuai.
Simpan ubat-ubat pada tempat yang selamat supaya tidak dapat diambil oleh kanak-kanak. Ini dapat menghindar dari masalah keracunan.
Sumber: Buletin “Penawar Racun” Bil. 5 November 1995 (Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM)

FAEDAH GANTIAN CUTI REHAT

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan mengenai Award Gantian Cuti Rehat kepada Anggota Perkhidmatan Awam.

APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang dioberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatana

BILA BERKUATKUASA?
Award gantian Cuti rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Jan 1974 melalui P.P.Bil. 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Jan 1974.

SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan perintah Am Bab C yang ditetapkan seperti berikut :

FORMULA PENGIRAAN
Permberian award wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 120 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan dan gred gaji hakiki pegawai berkenaan.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'award' Gantian Cuti Rehat ini.
Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, didalam kenyataan cuti rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
Jika gajinya tidak dibayar dan Kumpulan Wang disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
bagi pegawai yang bersara pada hari penghabisan ia bekerja, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat sekadar segera sebaik sahaja notis kematian diterima.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Dokumen berikut hendaklah dikemukan ke JPA 4 bulan sebelum bersara :
1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
1 salinan kenyataan cuti
2 salinan penyata kiraan cuti
1 salinan kad pengenalan
1 salinan surat permohonan pesara/waris

SURAT ARAHAN PELAKSANAAN URUSAN PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN KERANA KEMATIAN ANGGOTA DLM PERKHIDMATAN

http://www.jpapencen.gov.my/mdp.pdf
Makluman Perpindahan Beberapa Bahagian JPA Ke Bangunan Baru Di Cyberjaya
Bahagian Tarikh


Bahagian Pengurusan Maklumat 30 April 2009


Bahagian Pengurusan Psikologi 5 Mei 2009

Unit Audit Dalam 5 Mei 2009

Bahagian Saraan 22 Jun 2009

Alamat Pejabat Baru JPA Di Cyberjaya

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Bangunan MKN-Embassy Techzone

Blok A, No 3200, Jalan Teknokrat

263000 Cyberjaya, Sepang

Selangor Darul Ehsan

Telefon : 03 - 8316 4000

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

CATATAN PEKELILING 5/2009

JPA 43/2 Klt.2 Siri No.
KERAJAAN MALAYSIA
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2009
PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berhubung penambahbaikan kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam.
LATAR BELAKANG
2. Kemudahan Cuti Bersalin diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatan sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 bagi tujuan diluluskan Cuti Bersalin.
1
PELAKSANAAN
3. Penambahbaikan kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:
a. pegawai boleh menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin;
b. pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran surat pekeliling perkhidmatan ini;
c. tempoh Cuti Bersalin yang diambil lebih awal dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk di dalam jumlah 60 hari Cuti Bersalin yang diperuntukkan kepada pegawai;
d. kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini disediakan sebagai suatu pilihan kepada pegawai. Pegawai yang tidak berhasrat menggunakan kemudahan Cuti Bersalin lebih awal boleh menggunakan Cuti Bersalin tertakluk kepada kaedah sedia ada iaitu bermula dari tarikh pegawai bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 atau pindaannya dari semasa ke semasa; dan
e. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini direkod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai.
 
TARIKH KUATKUASA
4. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2009.
2
PEMAKAIAN
5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
( TAN SRI ISMAIL ADAM )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
20 April 2009
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
3
LAMPIRAN
BORANG PERMOHONAN MENGGUNAKAN
CUTI BERSALIN LEBIH AWAL DARI TARIKH DIJANGKA BERSALIN
(Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009)
……………………………………….
……………………………………….
……………………………………….
(Ketua Jabatan)
1. Saya memohon menggunakan kemudahan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu pada ……………….. hingga ………………… Tarikh dijangka bersalin (EDD)* saya ialah pada……………….
2. Permohonan Cuti Bersalin ini merupakan kali ..........dalam perkhidmatan.
3. Bersama-sama ini disertakan dokumen sokongan daripada klinik/hospital Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin.
4. Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar.
Tandatangan Pegawai : ..........................................................................................
Nama Pegawai : .........................................................................................
Tarikh : ..........................................................................................
* EDD –expected delivery date
KEGUNAAN PEJABAT
LULUS / TIDAK LULUS
Tandatangan Ketua Jabatan : .................................................................
Nama : .................................................................
Jawatan : .................................................................
Tarikh : .................................................................

SURAT PEK.PERKHIDMATAN 5/2009 Penambahbaikan Cuti Bersalin

http://www.jpa.gov.my/2009/04/1068/

ISU-ISU YANG DIBAWA KE MESYUARAT MBK 2009

http://keptan.com.my/filesData/ISUKEPTAN2009.doc

SEJARAH PENUBUHAN KEPTAN

Setelah sedia maklum sebelum wujudnya 'KEPTAN' (Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia) sebenarnya Pembantu Tadbir (Pendidikan) dahulunya digelar Kerani Sekolah kemudian Pegawai Kerani. Kesatuan Pegawai Kerani Pendidikan telah pun ditubuhkan pada tahun 60an. Dan banyak perkara yang telah diperolehi oleh Kerani Sekolah. Di antaranya meletakkan jawatan Kerani Sekolah yang di bawah lantikan Lembaga Pengurus Sekolah kepada lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (lantikan tetap), mewujudkan jawatan Kerani Kanan (sekarang Pembantu Tadbir N7), meminta adakan 'Close Service' untuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan agar penghijrahan Kerani Kanan dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke agensi Kementerian Pendidikan disekat.
Malangnya Kesatuan ini telah dibatalkan dalam tahun 80an kerana tidak melaksanakan peraturan-peraturan kesatuan sekerja. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana di masa itu yuran bulanan ahli tidak dibuat melalui potongan Perkhidmatan Biro Angkasa tetapi hanya dengan kutipan dibuat oleh Bendahari Agung atau wakil negeri sahaja.
Pada 4 Ogos 1991 beberapa Pembantu Tadbir dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang telah bermuafakat untuk menubuhkan semula Kesatuan ini yang mana mesyuarat penubuhan diadakan di Jabatan Pendidikan Selangor, Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Hj. Jumali bin Kasan. Ahli Jawatankuasa penaja adalah terdiri dari Pembantu Tadbir Sukarela, mahu mengorbankan masa, tenaga mahupun wang ringgit.
PAda 15 November 1992 mesyuarat agung penubuhan telah diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj. Shamsudin bin Dahlan, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penubuhan semula ini adalah di atas kesedaran dan keinsafan yang dialami Pembantu Tadbir (Pendidikan) yang menghadapi beban kerja yang bertambah dari masa ke semasa terutamanya yang bertugas di sekolah di samping kebajikan Pembantu Tadbir tiada pembelaan.
Setelah Ahli Jawatankuasa Penaja ditubuhkan, sampai masanya untuk melaksanakan pendaftaran dengan Pengarah Pendafataran Kesatuan Sekerja. KEPTAN mendapat tentangan dari beberapa pihak terutamanya Kesatuan AUEGCAS yang mana Presidennya adalah Presiden CUEPACS, Saudara A.H.Ponniah. Beliau membuat beberapa bantahan agar KEPTAN tidak ditubuhkan. Nasib KEPTAN sungguh baik kerana kelulusan telah diberi oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja pada 2 Mei 1995 tetapi dengan syarat 'Sekiranya KEPTAN terbatal sekali lagi, pihak Pendaftar Kesatuan Sekerja tidak akan membenarkan Pembantu Tadbir (Pendidikan) menubuhkan kesatuan lagi.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia dan semua Pengarah Pendidikan Negeri - KP (PP)0089/61/1/Jilid. 2(18) bertarikh 11 Julai 1995. Semua Ahli Jawatankuasa Penaja mengorak langkah menjelajah Semenanjung Malaysia dengan perbelanjaan sendiri membantu wakil negeri menubuhkan cawangan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang difikirkan wajar.
Mesyuarat Agung Tahunan Pertama diadakan pada 27 dan 28 September 1996 bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan dan dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Malik bin Hamzah. Setiausaha Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemilihan Ahli Jawatankuasa EXCO bagi tempoh 1996/1998 telah diadakan.

Ruang bicara

Salam kepada semua pembaca dan diharapkan dengan adanya blog ini anda semua dapat mengajukan segala masalah berkaitan kesatuan dan bidang tugas serta segala permasalahan yang ada.insyaAllah blog ini akan memuat turun pekeliling -pekeliling baru sebagai rujukan semua.blog ini juga akan menyiarkan aktiviti aktiviti yamg telah dan akan dijalankan.Semua pembaca sama ada ahli keptan atau tidak dialu alukan untuk memberikan pandangan dan komen.